Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimmy Lai perjuang demokrasi, ‘kebebasan’

    HONG KONG, 20 NOV – Usahawan media Hong Kong yang dipenjara, Jimmy Lai, menegaskan bahawa akhbar Apple Daily yang diterbitkannya telah memperjuangkan demokrasi dan ‘kebebasan’ semasa memberi keterangan di mahkamah hari ini untuk kali pertama dalam perbicaraannya atas tuduhan bersekongkol dengan kuasa asing

    Kes Lai merupakan antara kes yang paling terkenal yang didakwa di bawah undang-undang keselamatan negara yang diperkenalkan oleh Beijing pada tahun 2020, dengan negara-negara Barat dan kumpulan hak asasi manusia menuntut pembebasannya.

    Pengasas berusia 76 tahun bagi tabloid Apple Daily itu dituduh bersekongkol dengan kuasa asing, satu tuduhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga seumur hidup.

    Kes tersebut berkisar pada artikel-artikel dalam akhbar tersebut yang menyokong protes pro-demokrasi besar-besaran pada tahun 2019.

    Lai hari ini menegaskan bahawa ‘nilai teras Apple Daily sebenarnya adalah nilai teras rakyat Hong Kong… (termasuk) kedaulatan undang-undang, kebebasan, perjuangan untuk demokrasi, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berhimpun.’

    Jimmy Lai berkata beliau telah menceburi dunia media disebabkkan ‘untuk mengambil bahagian dalam menawarkan kebebasan adalah satu idea yang sangat baik bagi saya… Semakin banyak yang awda tahu, semakin awda bebas.”

    Namun, Lai menegaskan bahawa beliau menentang keganasan dan tidak menyokong kemerdekaan Hong Kong, dengan menyifatkannya sebagai ‘terlalu gila untuk difikirkan.’ – AFP

    Jimmy Lai bergambar ketika temubual dengan AFP di pejabat Next Digital di Hong Kong pada 16 Jun 2020. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda