Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    John Cena umum persaraan daripada dunia gusti

    LOS ANGELES, 8 JULAI – John Cena baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada gusti profesional tahun depan selepas dua dekad beraksi di gelanggang.

    Ahli gusti yang kemudiannya menjadi pelakon itu seterusnya menyampaikan ucapan kepada para peminat World Wrestling Entertainment (WWE) di sebuah stadium di Toronto, yang menzahirkan kekecewaan mereka apabila Cena berkata musim 2025 akan menjadi musim terakhirnya. Dia berjanji akan mengadakan lawatan perpisahan dengan puluhan tarikh dan pertarungan akhir yang epik, serta memberikan jaminan kepada peminat bahawa dia akan terus terlibat dengan francais gusti yang melancarkan kerjayanya.

    “Terima kasih banyak kerana telah membenarkan saya beraksi di gelanggang ini selama bertahun-tahun,” kata Cena kepada orang ramai.

    Dalam sidang media selepas acara itu, Cena memberitahu pemberita bahawa dia merasakan fizikalnya ‘sudah sampai di penghujung’, tetapi itu tidak bermakna dia perlu menjauhkan diri daripada sukan yang dia cintai. – AP

    Cena dilihat semasa tayangan perdana Bumblebee pada 9 Disember 2018 di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda