Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokowi bakal hadiri pengebumian Paus Francis bagi pihak Prabowo

    JAKARTA, 23 APRIL – Bekas Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo akan menjadi antara pegawai yang dilantik untuk menghadiri upacara pengebumian Paus Francis di Rom hujung minggu ini, satu acara yang dijangka akan dihadiri oleh puluhan pemimpin dunia.

    Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata Presiden Prabowo Subianto, telah melantik beberapa tokoh untuk mewakili beliau dan Indonesia dalam menghadiri proses pengebumian yang dijadualkan berlangsung pada 26 April.

    Beliau sebelum ini menyatakan bahawa presiden tidak dapat menghadiri pengebumian tersebut kerana beberapa urusan tertentu.

    Wakil yang dilantik termasuk Jokowi; Timbalan Menteri Kewangan Pertama, Thomas Djiwandono; bekas Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan yang mengetuai jawatankuasa khas Konferensi Uskup Indonesia (KWI) sempena lawatan paus ke Jakarta tahun lalu, serta Menteri Hak Asasi Manusia, Natalius Pigai.

    “Kami berharap tokoh-tokoh ini dapat mewakili negara dalam menyampaikan ucapan takziah,” kata Prasetyo kepada wartawan hari ini.

    Beliau menambah bahawa para wakil dijangka berlepas ke Kota Vatican pada Khamis atau selewat-lewatnya Jumaat.

    Paus Francis meninggal dunia pagi kelmarin pada usia 88 tahun, selepas mengalami
    strok dan serangan jantung di kediaman paus.

    Paus berasal dari Argentina itu sebelum ini mengalami kemerosotan kesihatan selama beberapa bulan akibat kegagalan pernafasan akut dan radang paru-paru berganda.

    Selepas kematian beliau, Presiden Prabowo merakamkan ucapan takziah melalui satu kenyataan yang dirakam, menyatakan bahawa dunia telah kehilangan seorang tokoh yang komited terhadap keamanan, kemanusiaan dan persaudaraan”. – ANN/The Star

    Joko Widodo (kanan) menyambut ketibaan Paus Francis semasa upacara sambutan rasmi di Istana Presiden di Jakarta pada 4 September 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda