Tuesday, November 19, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jollibee Brunei rai ulang tahun ke-35

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Sempena dengan sambutan ulang tahunnya ke-35 tahun, Jollibee Brunei telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini, hari ini.

    Ketua Perniagaan Brunei, Jollibee, Christina Ward dalam ucapan alu-aluannya berkata, sejak cawangan pertama dibuka pada 1987, Jollibee telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan, dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Brunei yang telah memberikan sokongan padu sehingga sekarang.

    Dengan harga yang berpatutan, Jollibee juga telah mencipta menu kegemaran ramai rakyat Brunei iaitu Chickenjoy, Yam Burger dan Spaghetti Jolly. Dengan citarasa khas, Jollibee berjaya memikat hati rakyat brunei.

    Beliau menambah, Jollibee kini semakin berkembang dengan mantap sejak beberapa tahun lalu dan berusaha lebih gigih dengan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya terutama kanak-kanak.

    “Sambutan ulang tahun ke-35 ini adalah acara yang sangat istimewa untuk mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Brunei dan kami berhasrat untuk meneruskan pematuhan ketat terhadap kualiti makanan, penyampaian perkhidmatan dan kebersihan kedai kami,”

    Dalam meraikan hari penting itu, Jollibee melancarkan kempen cabutan bertuahmula esok hingga pertengahan Disember di mana pelanggan akan berpeluang memenangi sama ada Apple Watch Siri 7, baucar penerbangan (Syarikat Penerbangan Diraja Brunei) bernilai $1,000 atau memandu pulang sebuah kereta Kia Seltos GTLX serba baharu.

    Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk Chickenjoy dan memasukkan borang penyertaan dalam kotak yang disediakan di semua cawangan Jollibee di seluruh negara.

    Bagi memeriahkan lagi acara, Jolibee telah menyusun beberapa aktiviti seperti Chickenjoy Toast, permainan untuk kanak-kanak, aktiviti pentas, kuiz, dan banyak lagi.

    Christana dan Maskot Jollibee melancarkan kempen cabutan bertuah Jollibee dengan mengumumkan hadiah utama berupa kereta Kia Seltos.
    Kanak-kanak menandatangani kehadiran ke majlis berkenaan sebagai kenang-kenangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda