LIVERPOOL, 15 DIS – Diogo Jota menyelamatkan satu mata untuk pendahulu Liga Perdana, Liverpool menentang Fulham ketika pasukan tuan rumah bangkit dua kali melawan dengan 10 pemain menjadikan keputusan seri 2-2 di Anfield kelmarin.
Tetapi kejatuhan mata untuk perlawanan kedua berturut-turut bermakna Chelsea merapatkan jurang kepada dua mata jika mereka tewaskan Brentford hari ini.
Andreas Pereira meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-11 dan enam minit kemudian Liverpool dikurangkan kepada 10 orang apabila pemain pertahanan Andy Robertson dilayangkan kad merah.
Tetapi anak buah Arne Slot bangkit selepas tamat separuh masa dan menyamakan kedudukan pada minit ke-47 apabila Cody Gakpo menanduk masuk hantaran lintang Mohamed Salah.
Rodrigo Muniz kelihatan memberi kemenangan untuk Fulham pada minit ke-76 tetapi Jota yang kembali bermain sejak Oktober berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.
Bekas pemain tengah Manchester United Pereira menjaringkan gol daripada hantaran lintang Antonee Robinson untuk menewaskan penjaga gol Alisson Becker.
Robertson pula telah didenda apabila menjatuhkan Harry Wilson, yang pengadil Tony Harrington dianggap menafikan peluang menjaringkan gol.
Liverpool gagal menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama walaupun beraksi berani tetapi dua minit memasuki babak kedua mereka menyamakan kedudukan apabila Salah memotong dari kanan dan membuat hantaran lintang melencong ke tiang belakang disambut Gakpo untuk menjaringkan gol ketujuhnya dalam 10 perlawanan .
Jota membuktikan dirinya masih berbisa dengan menumpaskan penjaga gol, Bernd Leno dalam kawasan penalti.
Seterusnya aksi penyelamatan dari Becker menafikan percubaan daripada Adama Traore dan berjaya melindungi mata mejadikan Liverpool kekal di puncak melebarkan pendahuluan mereka mendahului Chelsea dengan lima mata. – AFP