Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPP keluarkan sampul surat dan setem khas sempena HK-40

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Bagi memperingati hari bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-40 (HK-40) esok, Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) akan mengeluarkan keluaran setem tetap baharu 2024 bagi memperbaharui keluaran setem-setem tetap yang sedia ada pada masa sekarang dan masih lagi digunakan sejak 2007.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPP, di sini, ia juga akan disusuli dengan pengeluaran setem khas sempena sambutan HK-40 yang akan diumumkan pada kemudian hari.

    Pada keluaran setem tetap kali ini, JPP akan mengeluarkan sebanyak sembilan nilai setem bersama sembilan warna dengan nilai denominasi setem berkenaan ialah 10 sen, 20 sen, 50 sen, $1, $2, $5, $10, $50 dan $100.

    Nilai denominasi setem $50 dan $100 merupakan nilai setem yang tertinggi setakat ini dan yang pertama kali dikeluarkan dalam sejarah pengeluar setem tetap JPP, MTIC, Negara Brunei Darussalam.

    Setem-setem tetap berkenaan memaparkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempenakan sambutan jubli emas Baginda menaiki takhta pada 5 Oktober 2017. JPP juga mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan sembilan keping setem.

    Gambar Freepik

    Produk setem yang akan dijual adalah Lembaran Setem Set Penuh yang bernombor dan bersiri serta tidak dipotong mempunyai 45 keping dan Setem Set Penuh mempunyai sembilan keping setem.

    Sampul Surat Rasmi Hari Pertama bersetem set A iaitu Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen dan setem $2, $1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen; set B iaitu Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen dan setem $5, $10; set C iaitu Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen dan setem $10, $5, $2, $1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen; dan set D iaitu Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen dan setem $100, $50, $10, $5, $2, $1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen.

    Para penggemar koleksi setem dan orang ramai boleh mendapatkan produk-produk setem dengan mengunjungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berdekatan dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi, esok. Untuk makluman orang ramai, setem berkenaan tidak dijual di cawangan Pejabat Pos Lumapas.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam di talian 7291679 atau 2222191 atau melalui e-mel, brustamp@post.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda