Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurulatih bola sepak Australia letak jawatan

    SYDNEY, 20 SEPT – Bola sepak Australia hari ini mengumumkan bahawa Graham Arnold meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan lelaki di tengah-tengah kempen kelayakan Piala Dunia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Badan induk itu berkata Arnold akan ‘berundur serta-merta’. Pencarian penggantinya sedang dijalankan.

    Pasukan lelaki Australia, yang dikenali sebagai Socceroos, mengalami kekalahan mengejut kepada Bahrain di tempat sendiri pada awal bulan yang menjejaskan harapan mereka untuk layak ke Piala Dunia secara langsung, kedudukan itu diburukkan lagi dengan seri bersama Indonesia. Mereka seterusnya berdepan China dan Jepun pada Oktober.

    Arnold mengetuai Socceroos sejak Ogos 2018, selepas membantu dalam tempoh singkat pada 2006-2007.

    “Pemergian Graham Arnold menandakan berakhirnya era bola se-pak Australia,” kata ketua Bolasepak Australia, James Johnson.

    “Walaupun kami menghormati keputusannya dan sedih melihat Graham meninggalkan pasukan kebangsaan, senario ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam bola sepak antarabangsa,” kata Johnson.

    “Kami akan bertindak pantas dalam melantik ketua jurulatih baharu untuk memastikan kesinambungan dan kestabilan.” – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda