Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juventus raih kemenangan kedua

    MILAN, 27 OGOS – Dusan Vlahovic menjaringkan dua gol ketika Juventus meraih kemenangan 3-0 ke atas Verona kelmarin, menjadikannya dua kemenangan yang meyakinkan untuk memulakan musim Serie A.

    Pasukan bimbingan Thiago Motta, yang memulakan kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Como, adalah satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod 100 peratus selepas dua perlawanan dan kini berada di puncak carta awal liga.

    Juventus berharap untuk mencabar gelaran Scudetto pertama mereka sejak musim 2019/20.

    Motta telah mengambil alih sebagai ketua jurulatih berikutan pemecatan Massimiliano Allegri susulan pertelingkahan selepas kemenangan Juventus dalam perlawanan akhir Piala Itali pada Mei.

    Juve hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Serie A musim lalu, walaupun itu merupakan pencapaian terbaik mereka dalam tempoh empat tahun.

    Reaksi Vlahovic selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Serie A di Stadium Marcantonio Bentegodi di Verona, Itali pada 26 Ogos. – AP

    Vlahovic memberikan kelebihan kepada The Old Lady di Verona sejurus sebelum setengah jam perlawanan.

    Nicolo Savona, pemain pertahanan berusia 21 tahun yang membuat penampilan sulung pertamanya untuk kelab itu, menjaringkan gol kedua Juve sebelum separuh masa pertama melalui hantaran lintang Samuel Mbangula.

    Pemain Belgium, Mbangula kini mempunyai satu gol dan dua assists dalam dua perlawanan pertamanya untuk pasukan senior sejak diserapkan dari pasukan remaja.

    Vlahovic memastikan kemenangan dengan menyempurnakan sepakan penalti hanya lapan minit selepas separuh masa kedua bermula.

    “Dia sememangnya bekerja keras dalam memperbaiki agresif dan sikap kami,” kata Vlahovic kepada DAZN mengenai jurulatih baharu mereka, Motta.

    “Kami semua bersetuju bahawa sikap kami adalah kunci kepada segala-galanya, jika kami mempunyai mentaliti yang betul, semuanya akan berfungsi dengan lebih baik.

    “Kami bermain untuk satu sama lain, tetapi juga terdapat perubahan taktikal yang kami tahu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda