Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KACA: Majlis penyampaian hadiah, sijil

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang Peraduan Senyum dan Peraduan Mari Bercerita 2023 sempena Ulang Tahun KACA ke-37.

    Majlis berlangsung di Pusat KACA, Kiulap, di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman yang juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

    Bagi peraduan menulis Senyum, Kategori A Kanak-kanak KACA dimenangi oleh Dayang Nurul Azeerah binti Haji Shahri dari KACA Bandar Seri Begawan (BSB) dan Dang Tuah binti Haji Gagah juga dari KACA BSB memenangi Kategori B Ibu Bapa/Sukarelawan.

    Manakala itu, pemenang peraduan Senyum KACA bagi Kategori C AJK dan Kakitangan dimenangi oleh Bhinthari Rednodjiwati dari KACA BSB.

    Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Mari Bercerita Kanak-kanak KACA yang dimenangi oleh Awang Muhammad Rayyan Adwan bin Mohammad Arif bagi kategori Kumpulan A 12 tahun ke bawah, dan bagi Kumpulan B 13 tahun ke atas dimenangi oleh Awang Mohd Rozyman bin Norman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Peraduan Senyum yang diadakan bersempena ulang tahun penubuhan KACA ke-33 tahun, bertujuan untuk memberikan galakkan kepada kanak-kanak KACA untuk mengambil bahagian dalam peraduan.

    Haji Awang Abdul Alim ketika menyampaikan ucapan berkata, seramai 53 orang kanak-kanak KACA menyertai peraduan berkenaan, di samping itu, 30 orang ibu bapa dan sukarelawan manakala 15 orang kakitangan pusat kaca turut sama-sama memeriahkan lagi acara.

    Beliau berkata, Peraduan Mari Bercerita 2023 bertujuan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur membaca dan menulis, selain untuk menggalakkan kanak-kanak menjana idea spontan dan meyakinkan diri bertutur di depan umum.

    Haji Awang Abdul Alim dan para peserta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut bergambar ramai. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Haji Awang Abdul Alim ketika menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang peserta pada majlis tersebut. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda