Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaki kiri ibu Hafiz dipotong akibat diabetes

    Penyanyi Malaysia Hafiz Suip terpaksa akur apabila kaki kiri ibunya terpaksa dipotong sehingga ke bahagian lutut akibat komplikasi penyakit diabetes.

    Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata, doktor menyarankan kaki ibunya dipotong walaupun pada asalnya hanya mengalami luka kecil pada bahagian jari kaki.

    Apatah lagi ibunya iaitu Halizawati Salleh mengalamai pelbagai komplikasi penyakit lain selain kadar gula dalam darah tidak terkawal.

    “Doktor bimbang kalau hanya buang bahagian luka akan menyebabkan berlaku jangkitan kuman berulang.

    “Jadi kaedah paling selamat adalah dengan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut walaupun asalnya hanya luka kecil di bahagian jari,” katanya kepada mStar.

    Hafiz bersyukur ibunya (kanan) seorang yang kuat semangat. – mStar

    Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur kelmarin.

    Dalam pada itu, Hafiz bersyukur apabila ibunya sudah boleh menerima hakikat dan berlapang dada apabila kakinya terpaksa dipotong.

    Malah ibunya sudah boleh bergurau mengenai keadaannya yang kini sudah tidak mempunyai kaki.

    Sementara itu, Hafiz menyimpan hasrat menempah kaki palsu buat ibunya agar memudahkannya bergerak selepas ini.

    Bagaimanapun doktor menyarankan agar hasrat itu ditangguhkan bagi membolehkan ibunya benar-benar sembuh. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda