LONDON, 27 APRIL – Bos Manchester United, Erik ten Hag menjangkakan akan menghadapi amukan Tottenham pada Jumaat berikutan kekalahan memalukan 1-6 Spurs kepada Newcastle tetapi menegaskan tiada pasukan yang boleh melawan semangat mereka.
Kekalahan memalukan Spurs kepada Magpies menyebabkan pemangku jurulatih Christian Stellini dipecat, dengan pengendali berusia 48 tahun itu hanya membimbing kurang sebulan selepas menggantikan Antonio Conte.
Tottenham sekarang ini melantik Ryan Mason sebagai pengendali sementara.
United kini menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), enam mata mengatasi Spurs dan memiliki kelebihan dua perlawanan.
United sendiri terpaksa bangkit daripada keputusan mengecewakan musim ini dengan Ten Hag memberitahu sidang akhbar hari ini.
“Kami juga menghadapinya, bukan selalu, membuatkan kami terpaksa bangkit.
“Itu pasti (lebih daripada apa yang saya mahukan) tetapi ia juga berlaku terhadap semua pasukan hebat, termasuk Real Madrid, bukan?
“Ia jelas bahawa mereka (Tottenham) mengalami kekalahan yang sangat teruk. Sudah tentu, mereka akan mengamuk. Ia boleh mencetuskan kebangkitan.
“Tetapi ini mengenai kami. Lawan tidak boleh menjadi lebih rakus daripada kami, jadi itulah cara kami perlu mempersiapkan diri.” – AFP