Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak antara 13 ditahan dalam pesta

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Tiga orang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah adalah antara 13 yang ditahan anggota Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam pesta perkumpulan yang dipercayai melanggar Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 di sebuah pangsapuri Jalan Singa Menteri, Kuala Belait awal malam kelmarin.

    Dalam serbuan pada 11 Disember itu, selain kanak-kanak terbabit, 10 yang lain termasuklah lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 16 hingga 51 tahun, dengan polis turut menemukan beberapa botol minuman keras pelbagai jenama di bilik pangsapuri berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan.

    Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB, kesemua barangan bukti telah dirampas dan dise-rahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

    Manakala individu ter-babit dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan akan disiasat lanjut.

    Sehubungan itu, PPDB menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi dan mengikuti segala peraturan ditetapkan pihak kerajaan bagi bersama-sama menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    PPDB akan sentiasa bertanggungjawab mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam, mencegah dan mengesan jenayah dalam memastikan keselamatan negara berada pada tahap yang terkawal.

    PPDB menahan individu dan merampas minuman keras dalam dalam serbuan ke atas pesta berkumpulan di sebuah pangsapuri di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait, kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda