Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane tidak beraksi menentang Greece

    LONDON, 10 OKT – Bos sementara England, Lee Carsley mendedahkan Harry Kane tidak akan berada dalam kesebelasan utama bagi aksi Liga Negara-Negara menentang Greece awal pagi esok berikutan kaptennya masih dalam proses pemulihan akibat cedera.

    Kane cedera selepas berlaga ketika beraksi buat Bayern Munich yang seri 3-3 menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu lalu.

    Penyerang berusia 31 tahun itu – pemegang rekod penjaring gol terbanyak England – tidak berlatih dengan skuad sejak hadir ke kem latihan Isnin lalu.

    Kane hanya menjalani latihan individu pada Selasa dan semalam, dengan Carsley menegaskan beliau tidak mahu mengambil risiko mengenai kecergasannya bagi aksi Kumpulan B2 di Wembley.

    “Harry masih cedera akibat perlanggaran kecil. Kami tidak akan mengambil peluang daripadanya,” kata Carsley kepada wartawan lewat malam tadi.

    Kane menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan di Allianz Arena, Munich, Jerman, pada 28 September lalu. – AP

    Ditanya sama ada Kane akan berada di bangku simpanan, Carsley berkata: “Kami belum mengetepikannya daripada perlawanan itu, tetapi dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama.

    “Diharapkan dia mampu bersaing menentang Finland Ahad ini, tetapi sekali lagi masa akan menentukannya. Ia bukannya sesuatu yang perlu kami putuskan secara terburu-buru.”

    Dengan ketiadaan Kane, pemain pertahanan Manchester City, John Stones akan
    mengetuai England buat kali pertama awal pagi esok.

    Menjelang penampilan ke-82 bersama England, Stones mengakui ia umpama impian menjadi kenyataan untuk mengetuai negaranya di Wembley.

    “Ia sudah tentu segala-galanya yang saya boleh impikan sejak kecil,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

    “Buat keluarga saya untuk melihat saya keluar sebagai kapten England ia satu detik istimewa dan saya sangat berterima kasih kepada Lee.

    “Berjalan keluar dengan lilitan di lengan adalah satu penghormatan besar dan satu detik yang akan saya ingat selama-lamanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda