Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal karam di Libya, 55 pendatang mati lemas

    CAIRO, 27 APRIL – Sebuah bot getah yang membawa puluhan pendatang ke Eropah karam di luar pantai Libya dan sekurang-kurangnya 55 orang mati lemas, termasuk wanita dan kanak-kanak, kata agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    Ia merupakan tragedi terbaharu di kawasan Laut Mediterranean, yang merupakan laluan penting bagi pendatang.

    Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi berkata, bencana itu berlaku pada Selasa. Bot itu membawa sekurang-kurangnya 60 pendatang dan telah memulakan perjalanan dari bandar pesisir pantai Garabouli, di timur ibu negara Libya, Tripoli.

    Agensi itu berkata lima pendatang terselamat dalam kejadian kapal karam ditu an dibawa pulang ke pantai oleh pengawal pantai Libya.

    Tidak jelas apa yang berlaku kepada kapal itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda