Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal tangki terbakar di luar pesisir Bali, 5 maut

    DENPASAR, INDONESIA, 7 OGOS – Sebuah kapal tangki terbakar di luar pesisir pulau Bali, Indonesia, hari ini, menyebabkan lima orang anak kapal maut dan 15 lagi cedera, kata pegawai-pegawai.

    Kapal tangki Elisabeth dengan 21 anak kapal terbakar di Gili Tepekong di daerah Karangasem, Bali, ketika dalam perjalanan ke wilayah Nusa Tenggara Barat, kata polis.

    Seorang anak kapal berkata, ketika kapal tangki itu menghampiri Gili Tepekong, satu letupan berlaku berhampiran kawasan kediaman anak kapal.

    Ketua pegawai mendapati jurumudi terbaring di dek dengan luka melecur di badannya, kata Ketua Polis Karangasem, Nengah Sadiarta.

    Kapal tangki itu berhenti bergerak dan letupan kedua kemudian berlaku, katanya.

    “Setelah diperiksa, didapati terdapat kebakaran di dalam bilik enjin. Anak-anak kapal berkumpul di stesen penghimpun, tetapi terdapat lima orang tidak menyertai dan ditemui mati,” kata Sadiarta.

    Tiga anak kapal melecur parah dan 12 lagi dirawat kerana cedera ringan, katanya. Kapten dilaporkan selamat.

    Punca kebakaran sedang disiasat. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda