Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasatkina, Fritz juara Eastbourne

    EASTBOURNE, 30 JUN – Daria Kasatkina dan Taylor Fritz masing-masing memenangi gelaran perseorangan wanita dan lelaki di Eastbourne International kelmarin ketika mereka berdua meraih kejayaan di gelanggang rumput sekali gus meningkatkan semangat hanya beberapa hari sebelum Wimbledon bermula.

    Kemenangan 6-3, 6-4 Kasatkina ke atas Leylah Fernandez memberikan pemain Rusia itu gelaran gelanggang rumput pertamanya setahun selepas dia tewas dalam perlawanan akhir Eastbourne kepada Madison Keys.

    Sebaliknya, pilihan utama Fritz menjadi juara perseorangan lelaki tiga kali berturut-turut di Devonshire Park dengan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas pemain kelayakan Australia, Max Purcell.

    Pilihan keenam Kasatkina, yang menewaskan bekas finalis Terbuka Amerika Syarikat, Fernandez, memenangi gelaran ketujuh dalam kariernya dan yang pertama sejak 2022 selepas tiga kekalahan di peringkat final sebelum ini pada musim ini.

    “Setahun sudah berlalu, tetapi rasanya seperti baru beberapa hari sahaja sejak tahun lalu saya berdiri di sini,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

    “Hari ini merupakan satu pertarungan yang sukar. Perjalanan menuju kejuaraan ini memang panjang tetapi saya amat berbangga.”

    Kasatkina kini menuju ke Wimbledon, di mana dia menjadi pilihan ke-14, untuk menentang Zhang Shuai dari China dalam pusingan pertama perseorangan wanita apabila Grand Slam padang rumput bermula esok. – AFP

    Kasatkina bergambar bersama trofi selepas menewaskan Fernandez pada kejohanan tenis Antarabangsa Rothesay Eastbourne di Devonshire Park, di Eastbourne, England pada 29 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda