NEW YORK – Christian, 10, telah mempunyai sekitar 20 pasang kasut sniker yang mana akhirnya tersusun rapi dalam almari kasutnya di kediamannya di New York.
Maxance, baharu sahaja mencecah usia 14 tahun meminta ibu bapanya untuk membelikannya sepasang kasut Adidas yang berharga AS$800 untuk sambutan hari lahirnya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memilikinya. “Kami hidup di dunia di mana kasut sniker pada dasarnya dianggap sebagai satu ilustrasi seni,” jelas remaja itu kepada media.
Dunia juga menjadi salah satu perantaraan kepada transisi mewah kasut sniker, ada kalanya, ia keluaran edisi terhad berkolaborasi dengan syarikat-syarikat sukan besar dan fesyen, penyanyi rap atau atlet terkenal, menjadi salah satu aksesori yang hebat untuk kanak-kanak dan juga lelaki berusia pertengahan tahun.
Sepasang kasut sniker mewah ada kalanya mencecah harga sehingga ribuan dolar, seperti kasut sniker Derek Jeter Air Jordan 11, dinamakan sempena pemain Yankees, New York, mampu mencecah sehingga AS$50,000. Hanya satu dari lima pasang kasut tersebut telah dipasarkan. Kasut-kasut ini lazimnya dibeli melalui Internet namun ada juga dijual di butik-butik, dibungkus dengan plastik bagi melindunginya dari terkena habuk dan sebagainya.
New York terkenal sebagai salah sebuah bandar raya yang kaya dengan budaya kasut sniker mewah, meskipun perniagaan kasut getah itu bukanlah sesuatu yang baharu.
Ia bermula pada tahun 1990an apabila Nike mula mengembangkannya bersama dengan Air Jordans, untuk pemain legenda bola jaring, Michael Jordan, kemudian kasut ini secara cepat menjadi satu koleksi yang harus dan wajib untuk dimiliki. Seterusnya pada tahun 2000an, berikutan pasaran ekonomi yang semakin meningkat begitu juga Internet, terutamanya setelah terciptanya eBay.
Salah satu daripada pasaran?
Pada hari ini, ditambah lagi dengan kemunculan artis-artis terkenal, pengaruh media sosial, kehebatan kasut sniker telah berkembang di seluruh dunia. Kasut ini menerima tempat yang meluas dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Semenjak tahun 2016, kasut ini turut mempunyai ‘bursa’ stoknya sendiri, iaitu laman web The StockX.
Matt Powell, penganalisis industri sukan untuk kumpulan NPD berkata, keluasan pasaran sniker mewah agak sukar untuk dijangkakan, tetapi satu benda yang sangat jelas, pasaran telah berkembang dengan begitu baik sekali.
Jika diperhatikan dengan lebih terperinci, pasaran kasut ini lazimnya dimonopoli oleh penjual kecil-kecilan, di mana kebanyakan peminat tegar kasut sniker serta individu-individu yang ingin mencari keuntungan dengan cepat.
“Diramalkan pasaran kasut sniker ini boleh mencecah sehingga satu billion dolar,” kata Powell, sambil menerangkan catatan pasaran kasut aktif, mencecah kepada AS$38 bilion di Amerika Syarikat pada tahun 2017 dan AS$100 bilion di seluruh dunia.
Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Stadium Goods , John McPheters yang terlibat dalam perniagaan laman web, dan membuka kedai kasut yang menjadi terkenal di Soho, New York, beranggapan bahawa ramalan itu sangat rendah.
Stadium Goods telah menjual lebih daripada AS$100 juta kasut pada tahun lepas dan McPheters berkata bahawa jualan sekurang-kurangnya berganda pada tahun ini, dalam apa yang dikenal pasti sebagai satu pasaran yang sihat.
“Apa yang kami buat pada hari ini adalah melukis corak permukaan dengan apa yang berlaku ketika ini dan berharap perniagaan ini akan terus maju dan berkembang setiap tahun,” kata lelaki berusia 38 tahun itu kepada media.
Bagaimana dengan wanita?
Perancangan masa depan McPheters dan Stadium Goods menunjukkan indikasi potensi pasaran kasut sniker mewah dan antarabangsa.
Sementara jualan di Internet dikira sebanyak 90 peratus untuk perusahaan itu sekarang, mereka turut merancang untuk membuka beberapa lagi kedai di Amerika Syarikat dan antarabangsa.
China merupakan pasaran terbesar di luar Amerika Syarikat, diikuti dengan Britain dan juga Kanada, McPheters menjelaskan. Terima kasih kepada rakan kongsinya bersama dengan Britain, platform online FarFetch, Stadium Goods berharap untuk menembusi pasaran Rusia.
Matt Roisi yang berusia 29 tahun merupakan pelanggan tetap Stadium Goods, mempunyai sekitar 300 pasang kasut sniker dan pernah berurusan bersama pembeli dan penjual online. Dia yakin bahawa pasaran online sangat besar dan bakal berkembangluas.
Troisi berkata bahawa dia telah menerima sekitar AS$25,000 hingga AS$35,000 setahun melakukan pertukaran kasut sniker, iaitu hampir setengah pendapatan yang diperolehinya bekerja sebagai pengurus besar Restoran Tao.
Selain itu, Troisi juga mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan artis untuk mendapatkan kasut sniker edisi terhad. “Ada kalanya, kita tidak dapat reka bentuk fesyen yang terbaik dan ada kalanya, kita tidak tahu apa benda yang ‘cool’,” tambah Troisi kepada media.
“Kita boleh sahaja memakai warna hitam dan tidak mempunyai gaya dari segi pakaian namun dengan hanya memakai sepasang kasut sniker, itulah pakaian anda, ia sudah mengayakan anda,” tambahnya sambil ketawa. Di kakinya, kelihatan sepasang kasut sniker berjenama Nike, 1969, Moon Landing dan dianggarkan bernilai AS$1,000.
McPheters berkata salah satu kunci terhadap perkembangan kasut sniker mewah ialah tarikan kepada kaum wanita. “Situasi itu adalah masalah utama industri ini, salah satu jenama perlu memfokuskan perkara ini,” tambahnya.
“Untuk sekian lama, beberapa jenama telah berusaha untuk menarik dan mencipta kasut sniker khas untuk wanita dengan penggunaan warna merah jambu dan menerapkan unsur-unsur feminin namun pada realitinya, kebanyakan wanita inginkan gaya dan produk yang sama seperti lelaki,” tambahnya lagi.
“Untuk beberapa bulan seterusnya, kami sedang bekerja untuk mencari cara inovatif bagi mengembangluaskan lagi produk-produk kami,” ujarnya. – AFP