Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Katrina, Vicky disatukan dalam majlis mewah

    Pelakon Bollywood, Vicky Kaushal dan Katrina Kaif bergelar suami isteri pada Khamis dalam upacara pernikahan tertutup di sebuah hotel mewah di Sawai Madhopur, Rajasthan.

    Pasangan itu juga berkongsi foto pertama sebagai suami isteri di media sosial dengan kapsyen meminta peminat mendoakan kebahagiaan mahligai yang dibina itu.

    “Hanya cinta dan rasa terima kasih untuk segala-galanya yang membawa kami ke saat ini.

    “Kami menerima kasih sayang dan berkat awda untuk kami memulakan perjalanan baharu ini bersama-sama,” tulisnya.

    Menerusi perkongsian itu, Katrina, 38, dan Vicky, 33, kelihatan menawan dalam pakaian sari pengantin.

    Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah cincin kahwin berlian yang dipakai aktres itu.

    Cincin platinum biru berbentuk segi empat dengan menampilkan deretan berlian bulat daripada Tiffany Soleste bernilai Rs7,41,000 atau kira-kira RM41,341.

    Sementara itu, pengantin lelaki pula dilihat menyarungkan cincin yang serupa versi lelaki dengan nilai anggaran RM7,171. – Agensi

    Vicky Kaushal dan Katrina Kaif bergelar suami isteri pada Khamis dalam upacara perkahwinan tertutup di sebuah hotel mewah di Sawai Madhopur, Rajasthan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda