Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KB All Stars juara kejohanan badminton

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 18 SEPT – Pasukan KB All Stars berjaya meraih gelaran juara menewaskan Pasukan BPC dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Pasukan Kuala Belait (KB) yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan.

    Kejohanan tersebut bermula pada 14 September dan dianjurkan oleh Persatuan Badminton Brunei Darussalam Cawangan Daerah Belait, dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Pandan B sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Ketua Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait, Gaung Jamit, yang disambut oleh pengerusi kejohanan dan Ketua Kampung Pandan B, Muhammad Rawiyani bin Morney.

    Pasukan KB All Stars membawa pulang hadiah wang tunai $800 berserta trofi juara.

    Manakala, Pasukan BPC meraih tempat kedua dan menerima hadiah $600 serta trofi.

    Sementara itu, pasukan AI A menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $400 serta trofi penghargaan.

    Persatuan berharap bahawa kejohanan itu telah menyediakan platform bagi pemain badminton untuk mengasah kemahiran mereka, selain membuka peluang bagi pencarian bakat baharu yang bakal mewakili daerah dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.

    Tetamu kehormat bergambar ramai dengan para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MPK KAMPUNG PANDAN B
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda