Monday, December 16, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDA FC perlu bangkit semula

    ALOR SETAR, 27 OKT – Pemangku ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag yakin anak buahnya mampu bangkit pada perlawanan kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC selepas ditewaskan pasukan itu 1-2 pada perlawanan pertama, malam tadi.

    Victor yang diberi tanggungjawab mengendali KDA FC ketika ini berkata beberapa perubahan serta percaturan mesti dilakukan demi masa depan pasukan Sang Kenari dalam mengharungi saingan Piala Malaysia.

    “Saya berharap kita dapat menambah baik kelemahan untuk ke arah lebih baik. Sebenarnya perubahan corak permainan yang kita lakukan sudah nampak hasilnya, cuma kita tak boleh nak mengubah seluruh keadaan dalam masa singkat, jadi kita buat sedikit demi sedikit.

    “Tapi saya tetap memberi pujian dan kredit kepada pemain terutama pemain muda yang baru beraksi kerana telah membuktikan kebolehan mereka, tapi pengalaman yang membezakan kita dengan pasukan Negeri Sembilan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.

    Victor berkata beliau akan memberikan lebih banyak peluang kepada pemain muda yang sebelum ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam membantu pasukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda