Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ke arah penggunaan tenaga nuklear yang lebih selamat

    KUALA LUMPUR – Permintaan tenaga sejagat semakin mendadak peningkatannya akibat fenomena pertumbuhan penduduk dunia serta perkembangan pesat ekonomi. Keadaan itu juga membuatkan isu seperti bekalan tenaga yang mencukupi di samping tenaga alternatif kini menjadi agenda utama sosial, ekonomi dan politik baik kebanyakan negara.

    Sememangnya, insiden letupan kilang nuklear Chernobyl, Ukraine dan yang terbaru di Fukushima, Jepun mencetus kebimbangan akan keselamatan tenaga nuklear, mengakibatkan beberapa negara bertindak menghentikan penggunaan tenaga nuklear termasuk Jerman.

    Bagaimanapun, minat serta pelaburan dalam tenaga nuklear kembali meningkat akibat kebimbangan kekurangan bekalan tenaga yang ada kaitannya dengan harga minyak yang tidak menentu serta isu perubahan iklim.

    Pada masa ini terdapat 450 reaktor kuasa nuklear yang sedang beroperasi di 30 buah negara dan 60 lagi dalam pembinaan di 15 buah negara.

    Encik Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan perkara ini pada Persidangan Pengurusan Pengetahuan Nuklear ketiga yang berlangsung di Vienna, pada November 2016.

    Nuklear - 3_02022017

    Pendokong Inovasi & Nuklear, Sheriffah Noor Khamseah Al-Idid Datuk Syed Ahmad Idid adalah antara peserta dari Malaysia yang menghadiri persidangan itu.

    Beliau berkongsi dengan Bernama hasil perbincangan serta pertimbangan pakar nuklear akan kepentingan pengetahuan mengurus pengetahuan teknikal dalam bidang ini. Ini dilihat penting bagi menjamin keselamatan serta kecekapan pembinaan, operasi, penyelenggaraan serta pemberhentian operasi kilang kuasa nuklear di seluruh dunia.

    Penting pengetahuan urus nuklear

    Menurut Sheriffah, Amano memberitahu peserta persidangan bahawa memelihara pengetahuan teknikal kuasa nuklear adalah cabaran utama negara yang mempunyai program nuklear (NPP) serta negara yang baru melaksanakan program kuasa nuklear. Amano berkongsi bahawa negara anggota sedar akan pentingnya mengurus pengetahuan nuklear terutamanya dalam memastikan pengetahuan yang kritikal tidak akan lenyap apabila pakarnya bersara.

    Dr Mikhail Chudakov, Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Bahagian Kuasa Nuklear IAEA turut menekankan ahli profesional nuklear, juruteknik dan kumpulan mahir adalah tenaga pekerja utama memastikan kejayaan program kuasa nuklear (NPP). Beliau berkata, persaraan kumpulan itu boleh menyumbang kepada lenyapnya pengetahuan yang ada.

    Dr Chudakov menambah, kemerosotan minat pelajar mengambil kursus dan menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta bidang yang berkaitan adalah cabaran utama dalam mengekalkan tenaga pekerja yang mahir untuk mengukuhkan NPP. J.Gulliford, Ketua Bank Data Agensi Kuasa Nuklear (NEA) di bawah OECD berkongsi kebimbangannya berkait urusan pemindahan pengetahuan serta menjaga kemahiran serta kepakaran sains dan teknologi.

    Malahan di negara-negara yang menghentikan penggunaan kuasa nuklear, Sheriffah berkongsi pandangan Amano bahawa pengetahuan kritikal perlu dijaga bagi memastikan langkah menutup kilang kuasa nuklear dilaksanakan secara bertanggungjawab.

    Urus pengetahuan teknikal

    Bagi membantu negara anggota menangani antara cabaran mengurus pengetahuan nuklear, IAEA mem-bangunkan beberapa program dalam pengurusan pengetahuan nuklear.

    Menurut Sheriffah, peserta per-sidangan turut diberitahu bahawa bencana Fukushima jelas menunjukkan Pengurusan Pengetahuan Nuklear adalah faktor penting untuk keselamatan.

    Persidangan Pengurusan Pengetahuan Nuklear ketiga yang berlangsung di Vienna, pada November 2016 yang lalu.
    Persidangan Pengurusan Pengetahuan Nuklear ketiga yang berlangsung di Vienna, pada November 2016 yang lalu.
    Forum ini memokuskan dalam proses Memelihara pengetahuan teknikal kuasa nuklear dan cabaran utama negara yang mempunyai NPP serta negara yang baru melaksanakan program kuasa nuklear.
    Forum ini memokuskan dalam proses Memelihara pengetahuan teknikal kuasa nuklear dan cabaran utama negara yang mempunyai NPP serta negara yang baru melaksanakan program kuasa nuklear.

    Pada hakikatnya, penting untuk membincangkan pengurusan pengetahuan nuklear mengenai kitaran penuh bahan bakar nuklear dan penggunaan perkakas serta pengetahuan daripada segi pengumpulan dan pemindahan pengetahuan.

    IAEA mengorak langkah

    Bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelemahan dalam pengetahuan nuklear apabila ia didokongi generasi baru, IAEA proaktif dengan melaksanakan langkah tertentu.

    Amano memberitahu peserta persidangan bahawa IAEA mengendalikan sekolah Pengurusan Kuasa Nuklear dan Pengurusan Pengetahuan Nuklear sejak 2010.

    Setakat ini, lebih 800 profesional muda nuklear menamatkan pengajian mereka daripada sekolah itu. Pada 2013, IAEA melancarkan Akademi Pengurusan Nuklear Antarabangsa bagi menangani kekurangan program peringkat sarjana dalam pengurusan teknologi nuklear. Universiti Manchester di United Kingdom memperkenalkan program ijazah sarjana Pengurusan Teknologi Nuklear di bawah inisiatif ini.

    Sementara itu, Russian National Research Nuclear University MEPhI dijangka mengikut jejak langkah Universiti Manchester.

    Sebagai tambahan, IAEA membantu mewujudkan rangkaian pendidikan serantau di Afrika, Asia, Amerika Latin dan paling terkini di Eropah Timur dan Asia Tengah. Usaha ini ternyata berhasil dalam meningkatkan kerjasama.

    Sebagai kesimpulan, seperti yang dinyatakan oleh Amano, sektor nuklear memerlukan pemikiran serta idea baru. Turut diperlukan perkongsian idea seperti yang berlaku pada Persidangan Pengurusan Pengetahuan Nuklear Ketiga itu.

    Pengurusan pengetahuan nuklear di Malaysia

    Sheriffah, yang juga alumni Imperial College, University of London, menyatakan dalam konteks Malaysia, Penjanaan Kuasa Nuklear digariskan dalam program Transformasi Ekonomi di bawah sektor minyak, gas dan tenaga. Pengurusan pengetahuan nuklear amat penting.

    Di Malaysia, pengetahuan nuklear penting bagi Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) berkaitan dengan perancangan kuasa nuklear, Agensi Nuklear Malaysia (MNPC) bagi pembangunan teknologi nuklear dan pendidikan serta latihan berkait nuklear oleh institusi pendidikan tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda