CANBERRA, 29 DIS – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan bantuan kecemasan bencana kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran belukar besar di tenggara negara itu, lapor Xinhua.
Albanese hari ini meninjau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran belukar yang berterusan di Taman Negara Grampians, kira-kira 230 kilometer barat Melbourne, bersama Ketua Menteri negeri Victoria, Jacinta Allan.
Albanese memberitahu pemberita bahawa bayaran pemulihan bencana oleh kerajaan persekutuan dan negeri akan tersedia mulai esok untuk pekerja dan peniaga kecil yang terjejas secara langsung oleh kebakaran itu.
“Ini telah menjadi kejadian kebakaran yang dahsyat,” katanya. – Bernama