Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di California Selatan, ribuan penduduk dipindahkan

    LOS ANGELES, 7 NOV – Kebakaran yang merebak dengan pantas, didorong oleh angin Santa Ana memaksa ribuan penduduk berpindah dari kediaman mereka di
    California Selatan, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Jabatan bomba di Ventura County mengklasifikasikan kebakaran sebagai ‘sangat berbahaya’.

    Penduduk diminta mematuhi arahan pemindahan, kata Syerif Jim Fryhoff dalam sidang media pada petang kelmarin.

    Dalam tempoh beberapa jam sahaja, kebakaran yang dikenali sebagai Mountain Fire berhampiran bandar Camarillo telah merebak ke kawasan seluas lebih 40 kilometer persegi.

    Pihak berkuasa memberi amaran tentang angin kuat Santa Ana, yang lazimnya berlaku pada musim luruh dan musim sejuk yang mampu meningkatkan risiko kebakaran ekstrem.

    Selain itu, musim panas yang berlanjutan dan tumbuhan kering yang mudah terbakar turut menjadi faktor penyumbang.

    Gabenor California, Gavin Newsom meminta bantuan kecemasan daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk membantu memadam kebakaran berkenaan.

    Menurut kenyataan, lebih 3,500 rumah dan perniagaan berisiko terjejas, manakala tahap kerosakan masih belum diketahui. – Bernama

    Anggota bomba dan timbalan syerif menolak sebuah kereta vintaj menjauhi rumah yang sedang terbakar di Camarillo, California, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda