Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebimbangan memuncak kem PNG ditutup

    SYDNEY, 31 Okt – Beratus-ratus pencari suaka ‘ketakutan’ enggan meninggalkan kem tahanan Australia di Papua New Guinea (PNG) yang ditutup hari ini ketika para tahanan dan penyokong melahirkan kebimbangan mereka boleh secara paksa dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

    Para pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan menaiki bot telah dihantar ke dua buah pusat pemprosesan Pasifik terpencil – Pulau Manus dan Nauru PNG – di bawah dasar keras imigresen.

    Kerajaan Australia bersetuju menutup kem di Manus menjelang akhir Oktober ini selepas Mahkamah Tinggi PNG pada tahun lalu telah memerintahkan bahawa menahan orang di sana adalah tidak menurut perlembagaan.

    Lebih 600 orang lelaki yang ditempatkan di kem itu telah dimaklumkan supaya berpindah ke tiga buah pusat peralihan di Manus, dengan makanan dan air di pusat itu dijangka diputuskan lewat hari ini.

    Para pencari suaka telah diberikan pilihan membina kehidupan di PNG, berpindah ke Kem Nauru, kembali ke tanah air mereka, atau pergi ke negara ketiga seperti Kemboja. Mereka ditegah dari menetap di Australia, meskipun dikelaskan sebagai orang pelarian.

    Namun ramai lelaki telah mengunci diri mereka sendiri di pusat itu disebabkan bimbang akan keselamatan mereka dalam masyarakat tempatan, yang mencetuskan kebimbangan kemungkinan pengepungan di kem itu, dengan ketenteraan PNG dijangka mengambil alih pusat itu sebaik ia ditutup.

    “Orang pelarian berkeras mereka tidak akan tinggalkan tahanan itu. Mereka merasa bimbang tetapi enggan pergi,” seorang tahanan Manus, iaitu warga Iran bernama Behrouz Boochani menyatakan hari ini melalui Twitter.

    “Orang pelarian telah mengunci pagar utama bagi perlindungan diri mereka sendiri. Tidak ada keselamatan di sini,” dia menulis, dengan menambah kata kesemua para pegawai keselamatan di kem itu telah meninggalkan kedudukan mereka pada pukul 5 pagi.

    “Saya terpaksa menyatakan SOS. Orang pelarian amat takut. Situasi adalah kritikal. Bila-bila masa saja kami menjangkakan serangan dari pasukan tentera laut PNG.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda