Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecederaan Neymar gusarkan Brazil

    SOCHI, 20 Jun – Neymar berjalan tempang meninggalkan sesi latihan hari ini, mencetuskan kebimbangan di kem latihan Brazil ketika mereka mempersiapkan diri bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia menentang Costa Rica Jumaat ini.

    “Neymar meninggalkan latihan dengan kesakitan pada buku lali kanan,” kata Vinicius Rodrigues, jurucakap bagi Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF).

    Dia menyalahkan siri faul yang diterima Neymar dalam perlawanan menentang Switzerland Isnin lalu bagi perlawanan pembukaan Kumpulan E.

    Pemain berusia 26 tahun itu dilihat dalam kesakitan sambil memegang buku lali kanannya selepas mula merasa sakit semasa mengambil bahagian dalam sesi latihan ringan. Neymar tidak mengambil bahagian dalam latihan Isnin lalu, ketika pasukan itu kembali ke pangkalan mereka di Sochi, Rusia.

    Neymar menahan sakit semasa menjalani sesi latihan Brazil di Sochi. – AFP

    Rodrigues mengesahkan masalah itu adalah pada buku lali penyerang Paris Saint-Germain itu, bukan keretakan kaki yang dialami pada Februari lalu, kecederaan yang memerlukannya menjalani pembedahan dan memaksanya terlepas baki musim bersama kelab.

    “Sebaik sahaja dia merasakan kesakitan, dia terus bertemu fisioterapis. Dia akan terus berada di sana hari ini dan esok pagi, dan akan berlatih semula kemudian,” tambah Rodrigues.

    Rakan sepasukan Philippe Coutinho, yang mana rembatan melencongnya meletakkan Brazil di depan ketika menentang Switzerland, tidak begitu membesar-besarkan berita itu dalam kalangan media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda