Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecil-kecil beracun dan berbahaya

    SEKALI pandang, haiwan-haiwan ini tampak cantik dan comel. Tetapi tanpa anda sedari rupanya haiwan-haiwan ini amat berbahaya dan mampu mengancam nyawa anda jika disengat. Kebiasaannya haiwan kecil ini tidak berbahaya jika tidak diganggu, namun ada di antaranya seringkali menghantui manusia tidak mengira waktu.

    Katak emas beracun

    Warnanya persis kulit pisang, rona kuning yang sangat menyerlah. Rupanya saling tak tumpah seperti katak biasa yang seringkali kita lihat, tetapi katak emas beracun atau golden poison frog ini berbahaya serta mampu membunuh manusia. Habitat katak emas ini dijumpai di Amerika Syarikat, tinggal di persisiran pantai Colombia dan boleh membesar sehingga empat sentimeter.

    Manakala racun di badan katak ini iaitu dikulitnya dinamakan ‘batrachotoxin’ adalah sangat berbahaya kerana seekor katak ini mengandungi dua mikrogram toksik yang boleh membunuh sehingga 10 orang dewasa.

    Selain itu, tahukah anda dengan hanya tersentuh kulitnya, anda telah terkena racunnya. Racun yang terdapat pada katak emas ini amat cukup popular apabila ianya digunakan sebagai racun untuk diletakkan di anak panah untuk memburu binatang.

    Rupanya saling tak tumpah seperti katak biasa yang seringkali kita lihat, tetapi katak emas beracun atau golden poison frog ini berbahaya serta mampu membunuh manusia. – Agensi
    Sekali pandang, anda pasti tertarik dengan warnanya yang cerah ibarat lampu suluh. Sesungutnya yang panjang ibarat tali-temali sudah tentu bakal menarik perhatian anda. Namun tahukah anda spesies obor-obor Australia atau nama saintifiknya chironex fleckeri, ini merupakan haiwan laut paling berbisa. – Agensi

    Obor-obor Australia

    Sekali pandang, anda pasti tertarik dengan warnanya yang cerah ibarat lampu suluh. Sesungutnya yang panjang ibarat tali-temali sudah tentu bakal menarik perhatian anda. Namun tahukah anda spesies obor-obor Australia atau nama saintifiknya chironex fleckeri, ini merupakan haiwan laut paling berbisa.

    Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badan, ia boleh memanjang sehingga 10 kaki. Malah setiap satunya memiliki toksik yang mampu menyerang sistem saraf, jantung dan kulit dalam masa beberapa minit sahaja.

    Kebiasaannya, bagi mangsa yang alami sengatan obor-obor ini akan mengalami strok, seterusnya mengalami kegagalan jantung untuk berfungsi. Usah bimbang, kini terdapat antidot atau penawar bagi menghilangkan bisa sengatan obor-obor, namun rasa sakitnya tidak mampu hilang serta-merta. Obor-obor ini kerap ditemui berenang di Laut Indo-Pasifik, di utara Australia.

    Biarpun saiznya kecil, tetapi nyamuk mampu mengancam nyawa jika menggigit manusia. Serangga ini terdapat hampir di setiap benua di dunia kecuali di Antartika. Nyamuk amat dibenci manusia kerana penyakit yang dibawanya. – Agensi

    Nyamuk

    Biarpun saiznya kecil, tetapi nyamuk mampu mengancam nyawa jika menggigit manusia. Serangga ini terdapat hampir di setiap benua di dunia kecuali di Antartika. Nyamuk amat dibenci manusia kerana penyakit yang dibawanya.

    Aedes, Anopheles dan Culex antara spesies nyamuk yang menjadi punca penyakit malaria, chikungunya, demam denggi dan terkini virus Zika yang secara keseluruhannya telah membunuh dua hingga tiga juta orang setiap tahun.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, separuh populasi manusia terdedah kepada risiko penyakit bawaan nyamuk ini. Nyamuk seringkali menggigit manusia kerana serangga ini amat tertarik dengan suhu badan dan karbon dioksida yang dihasilkan manusia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda