Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Thailand beramal di Pusat Ehsan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam pagi tadi telah menganjurkan aktiviti Good Deeds from the Heart bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Permaisuri, Suthida Bajrasudhabimalalakshana, yang berlangsung di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).

    Hadir pada majlis itu ialah bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai serta komuniti Thailand di negara ini.

    Acara menyaksikan PYT Boosara Kanchanalai menyerahkan juadah Thailand kepada para pelajar dan kakitangan Pusat Ehsan.

    Turut hadir ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Momin.

    Good Deeds from the Heart diasaskan oleh Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun untuk menubuhkan Sukarelawan Inisiatif Diraja sebagai penghormatan kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, Rama IX dan Permaisuri Sirikit atas sumbangan mereka kepada Thailand.

    Ia menggalakkan perpaduan dan kebahagiaan dalam kalangan rakyat, dan kestabilan negara secara keseluruhan.

    Inisiatif berkenaan telah meluas diadakan di luar negara yang memberi peluang kepada masyarakat Thailand untuk melakukan perbuatan baik kepada masyarakat dan menyatakan rasa terima kasih mereka kepada negara di mana mereka tinggal.

    PYT Boosara Kanchanalai semasa menyerahkan cenderahati kepada Pengiran Datin Hajah Noraini pada majlis tersebut.
    Warga Pusat Ehsan menjamu hidangan yang disediakan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda