Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kehilangan Boram timbul spekulasi

    Dua tahun tidak memuat naik sebarang content (kandungan), kehilangan YouTuber cilik terkenal Boram Tube menimbulkan spekulasi kanak-kanak itu sebenarnya sudah meninggal dunia.

    YouTuber berusia sembilan tahun itu merupakan YouTuber cilik paling berjaya dan popular di Korea Selatan.

    Sehingga kini belum ada sumber daripada ahli keluarga yang mengesahkan spekulasi kematian Boram, malah ada yang berpendapat ia hanya berita palsu.

    Selain khabar kematian, ibu bapa Boram dituduh melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak itu beberapa tahun yang lalu.

    Selain itu, ada dakwaan kanak-kanan itu dieksploitasi demi mendapatkan tontonan.

    Segelintir warganet tidak senang menyaksikan Boram mengikut rancangan yang diatur orang tuanya termasuk makan makanan yang memudaratkan bagi kesihatan kanak-kanak itu.

    Kehilangan Boram menimbulkan pelbagai spekulasi antaranya ada mendakwa dia sudah meninggal dunia. – Agensi

    Boram mempunyai dua saluran YouTube iaitu Boram Toys Review dan Boram Tube yang mempunyai jutaan peminat.

    Sebelum ini media pernah melaporkan kanak-kanak itu meraih jutaan dolar hasil pendapatan di dua salurannya itu.

    Dia banyak menghasilkan kandungan menguji permainan baharu dan bermain bersama keluarga.

    Pada tahun 2019, Boram dilaporkan membeli sebuah bangunan lima tingkat yang terletak di Gangnam, Seoul.

    Berita itu sangat mengejutkan bagaimana kanak-kanak kecil mampu membeli bangunan di daerah termahal Korea Selatan.

    Bangunan itu dianggarkan bernilai kira-kira 9.5 juta won. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda