Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keith Foo bangga dengan Riena

    Pelakon Malaysia, Keith Foo berbangga dengan penampilan sulung kekasihnya yang juga pelakon, Riena Diana menerusi teater Andak Bertandak pada hari pertama pementasan yang berlangsung di Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), pada Jumaat.

    Keith ketika ditemui berkata, dia gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena dalam menggalas tanggungjawab menerusi teater bergenre komedi arahan Azhar Zainal itu.

    “Mengenali Riena, dia memang takut untuk keluar dari zon selesa selain lebih suka untuk bekerja dengan produksi yang tertentu sahaja.

    “Tapi kali ini dia berani ambil cabaran baharu dan terbuka untuk menjayakan teater buat kali pertama. Saya yang hadir beri sokongan pun tumpang teruja,” katanya yang ditemui sejurus pementasan hari pertama tamat.

    Menurut Harian Metro, Keith sebelum ini pernah terbabit di dalam pementasan teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu.

    Ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan Riena, Keith meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat mereka.

    “Kami baru saja selesai menjalani penggambaran bersama untuk sebuah projek drama di New Zealand. Harapnya ada khabar yang baik, kita tengoklah macam mana,” katanya. – Agensi

    Keith Foo gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda