Thursday, December 19, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekal sihat melalui aktiviti riadah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Lebih 70 orang telah menyertai program riadah senam sihat dan walkaton anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak B dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), baru-baru ini.

    Program berlangsung di perkarangan rumah Pemangku Penghulu Mukim Berakas A, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku Ketua Kampung Lambak B.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah mantan Ketua Kampung Lambak, Mejar (B) Haji Mohd Jair bin Haji Abdul Wahab.

    Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan Doa Selamat. Seterusnya, acara senam sihat dimulakan sebelum walkaton sejauh 1.5km.

    Sejurus selesai walkaton, cabutan bertuah dan sumbangan amal jariah kepada Masjid Lambak Berakas turut diadakan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Ketua Kampung Lambak Kiri dan Pemangku Ketua Kampung Mentiri kawasan 1.

    Gambar ramai semasa aktiviti berkenaan. – Gambar Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda