Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas masakan rai ulang tahun ke-40 Brunei-ROK

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Kedutaan Republik Korea (ROK) di sini, hari ini menganjurkan program kelas memasak kedua bagi tahun ini, sempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Brunei dan Korea Selatan.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak ROK ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun, dalam ucapan perasmiannya, menyatakan penghargaan atas penyertaan para peserta dalam acara khas yang diadakan di Kedutaan Korea.

    “Kelas memasak ini adalah satu penghormatan bagi kami, dan saya sangat gembira dapat bersama para peserta petang ini untuk merayakan tradisi masakan Korea. Tahun ini amat bermakna kerana kita memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Korea dan Brunei,” katanya.

    Beliau berharap kelas memasak tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan budaya antara kedua-dua negara tetapi juga mencipta pengalaman yang bermakna melalui penyediaan dan menikmati makanan tradisional Korea bersama.

    Pada sesi berkenaan, Kedutaan Korea turut menjemput cef terkenal, Lee Minhyuk, untuk memimpin sesi masakan. Kepakaran Cef Lee dijangka akan menjadikan kelas tersebut bukan sahaja informatif tetapi juga menyeronokkan.

    “Saya berharap sesi ini dapat memperkenalkan awda kepada hidangan baharu serta memberikan peluang bermakna untuk meneroka budaya Korea,” tambah TYT Kim Soung-eun.

    Cef Lee Minhyuk menunjukkan hidangan Nasi Goreng Kimchi. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Salah seorang peserta semasa menyediakan hidangan tradisional Korea, Chadol Doenjang Jjigae. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda