Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelibat jerung paksa pantai popular di California ditutup

    CALIFORNIA, 28 MEI – Sebahagian kawasan pantai yang terkenal di Selatan California sepanjang 3.2 kilometer ditutup sempena cuti Hari Peringatan selepas seekor jerung melanggar dan menyerang seorang peluncur dari papan luncurnya pada malam sebelumnya, kata pihak berkuasa.

    Penutupan selama 24 jam di San Clemente diumumkan selepas peluncur keluar dari air dan melaporkan tingkah laku agresif jerung itu kepada penyelamat sekitar jam 8 malam baru-baru ini, lapor Orange County Register.

    Peluncur itu, yang tidak cedera, dilanggar selepas melihat objek besar dan gelap berenang ke arahnya, kata Leftenan Keselamatan Marin San Clemente, Sean Staubenbaur.

    Pantai itu tetap dibuka kepada orang ramai, tetapi pengunjung pantai diberikan amaran supaya tidak berada di dalam air sehingga jam 8 malam kelmarin.

    Walaupun kecewa, penutupan itu tidak menghalang rancangan Waylon Andino yang berusia 6 tahun untuk menjual air limau bagi pengumpulan dana. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda