Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Keluarga Besar Penyurat Bayan bin Pengarah Kunchang (KBPBPK) telah mengadakan hari perkumpulan di Dewan Ar-Rahmah, Kampung Bebatik, baru-baru ini.
Hari perkumpulan tersebut telah dihadiri oleh 550 orang ahli keluarga dan anak yatim daripada waris-waris Pengarah Kunchang.
Tujuan utama perkumpulan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim dan kenal-mengenali antara ahli keluarga.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Bersama, Jawatankuasa KBPBPK, Kolonel (B) Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud.
Antara tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong; Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah binti Haji Yassin;
Orang Kaya Kaya Haji Nordin bin Haji Arshad; Haji Wahab bin Apong; Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin; dan Pengerusi Bersama, Haji Abu Bakar bin Haji Chuchu.