Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembali dengan tangan kosong

    KAHERAH, 27 Jun – Skuad bola sepak Mesir kembali ke Kaherah lewat semalam selepas satu kempen Piala Dunia yang teruk, di mana mereka mengalami tiga kekalahan dan menamatkan di kedudukan tercorot kumpulan.

    Pasukan itu tiba dengan kawalan keselamatan yang tinggi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, khuatir satu tindak balas selepas kekalahan 2-1 kepada Arab Saudi di Volgograd.

    Mesir, yang kali terakhir layak pada tahun 1990, masih belum memenangi sebarang perlawanan di Piala Dunia.

    Bintang Liverpool Mohamed Salah mengalami kecederaan bahu pada final Liga Juara-Juara bulan lepas di Kiev dan bergelut untuk pulih tepat pada masanya bagi kejohanan di Rusia ini.

    Dia terlepas perlawanan pertama Mesir menentang Uruguay namun kembali beraksi menentang Rusia, menjaringkan gol menerusi penalti dan menemui sasaran sekali lagi ketika menentang Arab Saudi. – AFP

    Mohamed Salah ketika menjalani latihan di Volgograd Arena baru-baru ini. Skuad bola sepak Mesir kembali ke Kaherah selepas satu kempen Piala Dunia yang teruk, menamatkan di kedudukan tercorot kumpulan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda