Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja catat penurunan 66% kes malaria

    PHNOM PENH, 14 JAN – Kemboja melaporkan 1,384 kes malaria pada 2023, mengalami penurunan kira-kira 66 peratus berbanding tahun sebelumnya, menandakan kemajuan ketara dalam usaha membanteras penyakit tersebut, kata seorang pegawai kesihatan pada Jumaat lalu.

    “Tiada kematian dilaporkan dalam kalangan pesakit kes tersebut,” Huy Rekol, pengarah Pusat Parasitologi, Entomologi dan Kawalan Malaria Kebangsaan, memberitahu Xinhua.

    Beliau berkata negara Asia Tenggara itu telah mencapai kejayaan besar dalam usaha menghapuskan kematian akibat malaria sejak 2018, matlamat yang dirancang untuk dicapai tiga tahun kemudian.

    Menurut Rekol, ujian dan rawatan diagnostik malaria sangat berkesan di Kemboja, dengan Artesunate-Mefloquine atau ASMQ, yang dikatakan selamat dan berkesan 100 peratus merawat malaria.

    Malaria ialah penyakit berjangkit bawaan nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan hutan dan pergunungan, terutamanya semasa musim hujan.

    Bagi mengelak daripada digigit nyamuk pembawa malaria, Rekol menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko malaria supaya sentiasa tidur di bawah kelambu yang disembur dengan racun serangga. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda