Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan terus terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – D’Season S&F Enterprise dan R & T Electronic Enterprise hari ini telah menyampaikan sumbangan berupa 1,000 kit ujian pantas antigen (ART) kepada Kementerian Kesihatan sebagai bantuan untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19.

    Sumbangan-sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dan juga sumbangan peribadi dari pihak-pihak penderma dalam membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya Kementerian Kesihatan.

    Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

    Antara sumbangan berupa 1,000 kit ART yang diserahkan oleh D’Season S&F Enterprise dan R&T Electronic Enterprise. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda