Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Bagi menambahkan bekalan tabung darah, Pusat Pendermaan Darah Brunei, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan kempen menderma darah di Kompleks Membeli-Belah Times Square, Berakas, hari ini, di mana sebanyak 30 pain darah berjaya dikumpulkan.
Kempen yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu telah disertai oleh kakitangan pusat berkenaan termasuk pengunjung yang datang.
Aktiviti seumpamanya bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai kebaikan menderma darah dan menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan lain yang memerlukan bantuan.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2018/06/PAGE-6-A_260618-4.jpg)