Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen NBT, 25 terima hadiah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Seramai 25 orang pemenang Kempen Mega 21 Test Drive Spree ke-3 telah menerima hadiah pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Pameran NBT, Gadong hari ini.

    Pada majlis itu, para pemenang terdiri daripada lima orang bagi minggu kelapan, minggu kesembilan, minggu ke-10, minggu ke-11 dan minggu ke-12.

    Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Pelanggan, Sharifah Marianah.

    Pada majlis berkenaan, pemenang bertuah bagi minggu kelapan ialah Awang Muhammed Kahirul Hazwan Johari yang membawa pulang Televisyen Jenama Mi 43 inci dan pemenang bagi minggu kesembilan ialah Pengiran Mohd Shahrul Nazwan bin Pengiran Haji Mohd Daud yang membawa pulang Nintendo Switch.

    Pemenang bertuah bagi minggu ke-10 ialah Dayang Amalia binti Haji Awang yang membawa pulang JBL Bluetooth Speaker, pemenang minggu kesebelas ialah Awang Ahmad Basli Bujang yang memenangi telefon bimbit Poco dan pemenang minggu ke-12 pula ialah Pengiran Noor Ishaan bin Pengiran Omarali yang membawa pulang hadiah berupa GoPro Hero 9.

    Sementara itu, 20 orang pemenang yang lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah bernilai $30.

    Kempen Test Drive Spree itu berlangsung selama 21 minggu bermula 21 Januari hingga 16 Jun ini.

    Sharifah Marianah bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah di Dewan Pameran NBT, Gadong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda