Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenapa tak muncul sampai sekarang? – Ellie Suriaty

    Pelakon, Ellie Suriaty mendakwa masih menunggu kemunculan kekasih kepada bekas suami, Azri Iskandar untuk bertemu anak-anak.

    Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar, 53, berkata, jika seseorang mahu bersama Azri, wanita itu perlulah jujur dan terbuka.

    “Bagi saya, kalau sesiapa yang mahu berhubungan dengan Azri, sila jujur. Saya sudah katakan sebelum ini, sila telus. Kenapa tidak muncul lagi sampai sekarang?

    “Perlu telus dan kenal anak-anak saya. Selain itu, kenal anak-anak tiri saya, sekiranya dia mahu masuk dalam hidup Azri.

    “Jadi, saya berdoa kepada Allah SWT supaya Azri dikurniakan isteri yang baik dan akan menjaganya dengan baik,” katanya.

    Ellie berdoa agar bekas suami bertemu jodoh dengan wanita dalam kalangan insan baik. – mStar

    Baru-baru ini, Ellie bersama Azri hadir pada sidang media drama Tanah Kubur lakonan mereka di sebuah pusat beli belah, di sini.

    Dilaporkan, itu kali pertama Ellie dan Azri bersua selepas bercerai.

    Sementara itu, Ellie turut membalas hasrat Azri yang mahu menjemput menghadiri majlis perkahwinannya jika dia dan wanita terbabit disatukan kelak.

    “Kalau ada ada resepsi, saya akan pergi. Sebab majlis perkahwinan, bukan? Apatah lagi, kami sudah hidup bersama selama 19 tahun. Tiada benda pun hendak bermusuhan. Apa nak benci?

    “Dia hanya hamba Allah dan kami berdua tidak sempurna. Jodoh sudah sampai situ, jadi perlu ke kita bermusuh? Tak payahlah.

    “Apabila dia (Azri) sudah bertemu jodoh dengan orang lain yang lebih baik daripada saya, sudah tentu saya akan raikan hari bahagia dia,” katanya.

    Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.

    Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda