Monday, January 6, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepakaran IPT dimanfaat untuk majukan sosioekonomi Sabah

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Kepakaran yang ada di institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat dimanfaatkan untuk memajukan sosioekonomi masyarakat di Negeri di Bawah Bayu.

    Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata bagi menyokong Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu (KTP) untuk memajukan sosioekonomi Sabah selaras dengan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (MEB), beberapa langkah dan strategi yang relevan perlu diambil.

    Beliau berkata strategi itu melibatkan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri, pembangunan kapasiti dan latihan, pembinaan infrastruktur dan teknologi, penyertaan komuniti dan inisiatif pendidikan.

    ”Universiti dan institusi penyelidikan di Sabah boleh bekerjasama dengan industri tempatan untuk menjalankan penyelidikan yang relevan dengan keperluan sosioekonomi Sabah. Hasil penyelidikan boleh dikongsi dengan komuniti Sabah untuk diaplikasikan.

    ”Kerjasama antara universiti dan industri dapat menghasilkan penyelidikan inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Penemuan baharu boleh diterapkan dalam pelbagai sektor termasuk teknologi, perubatan dan pertanian,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kasim berkata melalui pemindahan teknologi pula, industri dapat mengambil manfaat daripada penyelidikan dan teknologi yang dikembangkan di institusi pendidikan selain mempercepatkan proses inovasi dan aplikasi praktikal.

    Beliau berkata menerusi kerjasama antara institusi pendidikan dan industri, pelajar boleh dihantar untuk latihan industri di syarikat-syarikat tempatan, sekali gus memberi mereka pengalaman praktikal dan membantu syarikat dengan tenaga kerja yang terlatih.

    ”Program kerjasama latihan industri boleh berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan pelajar dengan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Malah, graduan yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi memenuhi keperluan tenaga kerja dapat mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan isi rumah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda