Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api ‘secepat mungkin’

    MOSCOW, 7 JULAI – Parti Buruh United Kingdom (UK) yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British “secepat mungkin,” lapor Sputnik memetik laporan akhbar The Telegraph merujuk kenyataan Setiausaha Pengang-kutan UK yang baharu, Louise Haigh.

    Parti Buruh dilaporkan berjanji mengambil alih sepenuhnya rangkaian kereta api negara dalam tempoh lima tahun dan menubuhkan sebuah syarikat milik kerajaan, Great British Railways sebaik sahaja kontrak milik swasta itu tamat.

    Pada Jumaat, pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer secara rasmi menjadi perdana
    menteri ke-58 negara itu selepas menang pilihan raya umum pada Khamis. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda