Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta rombongan pengantin menjunam ke Sungai Nil, 3 maut di Kaherah

    KAHERAH, 8 JULAI – Tiga ahli rombongan majlis perkahwinan maut di ibu negara Mesir, Kaherah apabila kereta mereka menjunam dari jambatan dan masuk ke Sungai Nil, lapor media kerajaan lewat kelmarin.

    Kereta yang membawa saudara kandung perempuan pengantin perempuan, ipar dan empat yang lain “merempuh penghadang besi dan menjunam” dari lebuh raya berhampiran daerah selatan Kaherah, Maadi, lapor akhbar harian milik kerajaan Al-Akhbar Al-Youm.

    Anggota penyelamat “menemukan mayat saudara kandung pengantin perempuan” dan dua penumpang.

    Mereka menyelamatkan dua yang lain termasuk ipar, yang merupakan pemandu dan “dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal”.

    Pasukan penyelamat “meneruskan operasi mencari” untuk seorang lagi yang hilang pada hari ini, kata akhbar itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda