Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama realisasi RTC di Pulau Bum Bum

    SEMPORNA, 31 Okt – Kerjasama rapat kerajaan pusat dan negeri yang komited mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Pulau Bum Bum, Semporna akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial penduduk di pulau tersebut.

    Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Borhan Dolah berkata kerajaan pusat menerusi KKLW akan berbahagi peranan dengan kerajaan negeri untuk memastikan kewujudan RTC mini di pulau itu tercapai.

    “KKLW meletakkan kepada tanggungjawab kerajaan negeri bagi menentukan bangunan yang tidak digunakan secara efektif untuk dinaik taraf menjadi RTC mini.

    “Menerusi inisiatif RTC mini ini, pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan pusat serta negeri dihimpunkan di bawah satu bumbung untuk menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan sekali gus membawa limpahan pembangunan yang pesat di pulau itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak lokasi RTC mini di Pulau Bum Bum dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Semporna bersama Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban di sini.

    Borhan berkata RTC mini itu akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya menarik pelaburan swasta, menyedia peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda