Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerr dinamakan jurulatih bola keranjang skuad AS

    SAN FRANCISCO, 21 DIS – Steve Kerr, juara pemain NBA lima kali dan jurulatih juara NBA tiga kali, semalam dinamakan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sehingga Olimpik Paris 2024.

    Kerr, warga Amerika berusia 56 tahun, bertugas sebagai pembantu kepada jurulatih Gregg Popovich dalam skuad bintang AS NBA yang memenangi pingat emas Olimpik di Tokyo pada Ogos lalu.

    “Saya berasa amat bangga kerana dipilih mewakili negara kami,” kata Kerr. “Ia merupakan satu peluang hebat dan saya gembira untuk menyahut cabaran tersebut.”

    Dia memimpin pasukan Golden State Warriors memenangi kejuaraan NBA pada 2015, 2017 dan 2018, dan dalam musim 2015-16 memimpin Warriors meraih 73 kemenangan NBA sebelum tewas kepada Cleveland dalam perlawanan Final NBA.

    Sebagai seorang pemain, Kerr memenangi tiga kejuaraan NBA bersama Chicago Bulls pimpinan Michael Jordan pada 1990 dan dua kemenangan lagi pada 1999 dan 2003 bersama San Antonio Spurs di bawah pimpinan Popovich.

    “Dengan pengumuman hari ini, pasukan bola keranjang kebangsaan lelaki kami memulakan kempennya untuk Piala Dunia FIFA 2023 dan pingat emas Olimpik 2024,” kata pengerusi Bola Keranjang AS Martin Dempsey.

    Dinamakan sebagai penolong AS kepada Kerr dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah jurulatih Phoenix Suns Monty Williams, jurulatih Miami Heat Erik Spoelstra dan jurulatih Universiti Gonzaga Mark Few.

    Kumpulan pemain NBA AS telah memenangi empat pingat emas Olimpik berturut-turut dan tujuh daripada lapan kejohanan sebelumnya. Pasukan lelaki AS juga memenangi dua daripada tiga gelaran Piala Dunia sebelum ini. – AFP

    Grant Hill menyampaikan jersi kepada jurulatih bola keranjang lelaki AS, Steve Kerr sebelum perlawanan menentang Sacramento Kings di Pusat Chase di San Francisco, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda