Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes denggi Laos naik 1,837 dalam tiga bulan

    VIENTIANE, 4 APRIL – Jumlah kes denggi di Laos mencecah 1,837 antara Januari dan Mac pada 2024, dengan tiga kematian, menurut Kementerian Kesihatan Laos, hari ini.

    Orang ramai diseru untuk membersihkan tapak pembiakan nyamuk di sekitar rumah dan tempat kerja dalam usaha mengawal penularan demam denggi, menurut pihak berkuasa di samping berusaha untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang bahaya denggi.

    Dalam tiga bulan ini, jumlah kes denggi tertinggi dilaporkan di wilayah Sekong iaitu 578, manakala 336 kes disahkan di ibu negara Vientiane, dan 247 kes di wilayah Luang Namtha. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda