Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kes kumulatif kini 149,337

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Sebanyak 367 kes baharu telah dilaporkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 149,337 kes.

    Daripada jumlah kes tersebut, 366 kes yang dikesan adalah hasil ujian ART dan satu kes adalah hasil daripada 256 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar bawah) dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato bagaimanapun menyatakan bahawa tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5 manakala dua kes dalam kategori 4.

    “Sebanyak 220 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 147,284 kes,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,830 kes iaitu enam kes sedang dirawat di hospital manakala 1,824 sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Pada sidang media itu juga, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan sebanyak 142 dos pertama vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 34,897 dos iaitu 81.3 peratus bagi kanak-kanak di dalam kumpulan umur itu.

    Manakala, sebanyak 860 dos kedua vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang membawa kepada jumlah keseluruhan dalam kumpulan umur tersebut kepada 21,806 dos iaitu 50.8 peratus.

    Dalam pada itu, menurut beliau, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin kekal sebanyak 70.8 peratus.

    Pada sidang media tersebut juga, Yang Berhormat Menteri Kesihatan memaklumkan COVID Holding Area Tutong (CHAT) akan ditutup secara rasmi bermula hari ini selepas mengambil kira jumlah kes harian COVID di tahap yang terkawal terutama bagi mereka yang memerlukan rawatan di hospital iaitu di kategori 4 dan 5.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa memastikan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, dalam menjalani Fasa Endemik.

    “Teruskan berusaha untuk menjaga kesihatan dengan membuat kegiatan fizikal sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari atau 150 minit dalam seminggu. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan kitani,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...