Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua hakim baharu Bangladesh angkat sumpah

    DHAKA, 11 OGOS – Ketua hakim negara baharu Bangladesh telah mengangkat sumpah selepas mantannya, yang dilihat sebagai penyokong setia perdana menteri yang digulingkan Sheikh Hasina, meletak jawatan berikutan tuntutan penunjuk perasaan, kata seorang pegawai presiden hari ini.

    Ia adalah yang terbaharu dalam rentetan pelantikan baharu untuk menggantikan seorang pengawal lama yang dilihat mempunyai kaitan dengan rejim sebelumnya, digulingkan oleh pemberontakan yang dipimpin oleh pelajar.

    Syed Refaat Ahmed, hakim mahkamah tinggi paling kanan, telah mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mohammed Shahabuddin, kata setiausaha akhbar presiden, Shiplu Zaman kepada AFP.

    “Beliau menjadi ketua hakim negara ke-25 Bangladesh,” kata Zaman.

    Ahmed melanjutkan pengajian di Universiti Dhaka, Oxford dan Universiti Tufts di Amerika Syarikat.

    Hasina, 76, melarikan diri dengan helikopter ke negara jiran India pada Isnin lalu ketika penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di Dhaka dalam penamatan dramatik pemerintahan kuku besinya.

    Kerajaannya dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia yang meluas termasuk pembunuhan di luar undang-undang terhadap beribu-ribu lawan politiknya sela-ma 15 tahun pemerintahannya. – AFP

    Beberapa pelajar Bangladesh melepak di hadapan dinding dengan grafiti menentang kerajaan dan kekejaman polis yang dibuat oleh penunjuk perasaan di hadapan Shaheed Minar di Dhaka, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda