Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketumpulan punca kegagalan Socceroo

    SYDNEY, 27 Jun – Pemain bola sepak Australia digesa untuk menemui semula ketajaman mereka dan deria arah apabila mereka menuju pulang dari persaingan Piala Dunia tanpa sebarang kemenangan, di mana mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol dari permainan terbuka.

    Media kebangsaan menggelarnya ‘penyingkiran akur’ ketika Socceroo, di bawah kendalian jurulatih sementara Bert van Marwijk, tewas 2-0 kepada Peru untuk menamatkan kedudukan tercorot Kumpulan C, kegagalan ketiga mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

    Juara Asia itu hanya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan, keduanya menerusi penalti dari kapten, Mile Jedinak, mempamerkan kekurangan mereka pada pemain penyerang kelas dunia. Graham Arnold akan mengambil alih bagi kendalian kedua sebagai jurulatih selepas Ange Postecoglou yang keluar pada November, perubahan yang menyebabkan van Marwijk dari Belanda dilantik sebagai langkah sementara.

    “Terdapat pengajaran berharga untuk dipelajari. Pada peringkat ini anda memerlukan kualiti nombor sembilan, seorang yang boleh memanfaatkan peluang mereka. Jika tidak, anda akan dihukum,” kata penulis bola sepak Australia, Ray Gatt.

    “Untuk mara dalam kejohanan itu tanpa menjaringkan gol dalam permainan terbuka telah menyimpulkan situasi ini.”

    Pengulas TV, Craig Foster mengkritik taktik van Marwijk selepas jurulatih dari Belanda itu, yang membawa Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010, meninggalkan pendekatan cabaran yang dikenalkan oleh Postecoglou. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda