Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Microsoft meningkat 9 peratus

    REDMOND, WASHINGTON, 27 APRIL – Microsoft baru-baru ini melaporkan peningkatan 9 peratus dalam keuntungan bagi suku Januari-Mac, ketika pertumbuhan dalam jualan pengkomputeran versi ‘cloud’ membantu mengukuhkan rancangannya untuk mengembangkan penggunaan kecerdasan buatannya.

    Syarikat itu melaporkan keuntungan suku tahunan sebanyak AS$18.3 bilion, atau AS$2.45 sesaham, mengatasi jangkaan Wall Street untuk pendapatan AS$2.24 sesaham.

    Pembuat perisian itu mencatatkan hasil sebanyak AS$52.9 bilion dalam tempoh itu, suku fiskal ketiganya, meningkat 7 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu. Penganalisis yang ditinjau oleh FactSet menjangkakan Microsoft mencatatkan pendapatan sebanyak AS$51.02 bilion untuk suku tersebut.

    Suku ini menandakan rancangan bercita-cita tinggi oleh Microsoft untuk memanfaatkan pelaburannya dalam kecerdasan buatan dan perkongsian dengan firma pemula OpenAI yang berpangkalan di San Francisco dengan pengeluaran pada Februari ciri-ciri chatbot AI baharu pada enjin cariannya Bing.

    Microsoft juga menyepadukan alat AI yang serupa ke dalam pengkomputeran cloud dan produk perisian yang dijualnya kepada perniagaan dan organisasi besar, walaupun ia tidak serta-merta menjelaskan sejauh mana ciri AI memainkan peranan dalam jualan keseluruhan.

    Perniagaan pengkomputeran peribadi Microsoft, yang menumpu pada perisian Windows, dijangka terus mencatat kemerosotan yang bermula tahun lepas disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan permintaan yang terhad.

    Jualan suku tahunan daripada segmen itu turun 9 peratus kepada AS$13.3 bilion, kata syarikat itu pada Selasa. – AP

    Gambar fail pada 3 Julai 2014 menunjukkan logo Microsoft yang dipaparkan di luar Pusat Pelawat Microsoft di Redmond, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda