Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Keyakinan City akan kembali cepat atau lambat’

    BIRMINGHAM, 22 DIS – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukannya akan mendapatkan semula keyakinan mereka selepas kekalahan 2-1 kepada Aston Villa kelmarin.

    Juara Liga Perdana Inggeris yang sedang bergelut itu tewas sembilan daripada 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    Jhon Duran memberikan Villa pendahuluan awal sebelum Morgan Rogers menggandakan kelebihan pada minit ke-65.

    Gol Phil Foden pada masa kecederaan untuk pelawat City datang lambat untuk mengubah keputusan menjadikan Villa atasi City ke tempat kelima dalam liga.

    Satu lagi kekalahan menandakan perjalanan terburuk dalam karier pengurusan Guardiola tetapi bos City itu berkeras pasukannya boleh mendapatkan semula keyakinan mereka, memberitahu TNT Sports: “Selangkah demi selangkah, kami mempunyai personaliti yang bagus dalam pasukan dan lambat laun kami akan mendapat keyakinan semula.”

    Guardiola turut memuji pasukan Villa yang dikendalikan oleh Unai Emery dengan berkata: “Tahniah Aston Villa dan teruskan bermain. Mereka begitu kuat di bahagian tengah.

    “Kami mempunyai momen dan peluang yang lebih baik berbanding perlawanan dengan (Manchester) United, tetapi pada separuh masa kedua kami tercicir dan serangan kami tidak cukup bagus. Kami menemui satu gol pada akhirnya tetapi sudah terlambat. “

    Keputusan ini bermakna penyerang yang prolific, Erling Haaland kini hanya menjaringkan satu gol dalam enam penampilan terakhirnya.

    “Sudah tentu kami kecewa,” katanya. Ia tidak cukup baik, ia tidak cukup baik daripada saya.”

    Haaland menambah: “Kami perlu teruskan. Mula-mula saya melihat diri saya sendiri, saya tidak cukup baik, saya tidak menjaringkan dalam peluang saya. Saya perlu melakukan lebih baik, saya belum cukup bagus. “

    Haaland, bagaimanapun menyokong Guardiola untuk kebangkitan City.

    “Dia (Guardiola) memenangi Liga Perdana enam kali dalam tempoh tujuh tahun, jadi kami tidak akan melupakannya,” kata Haaland.

    “Dia akan mencari penyelesaiannya. Dia telah melakukannya setiap tahun. Kami masih percaya kepadanya, kami perlu bekerja lebih keras lagi.” – AFP

    Pep Guardiola semasa meninggalkan dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Manchester City di Villa Park, Birmingham kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda